.

Cara Membuat Situs Iklan Baris

Wednesday, 22 July 2015

PIZZA Homemade MUDAH !

Assalamualaikum semuaaaa.

nampak tak cheese melimpah dalam oven tu. haaa tu campak campak la tu.


Hokeyyh, seperti yang "hakak" janjikan *mata keatas & tangan kat bahu, nak share resepi yang mudah kan?  Jadi hari ni hakak yang baik lagi gorgeous ni *perasan tak habis, nak bagi resepi Pizza homemade yang mudah.  apa yang penting dalam resepi ni ialah MUDAH. mudah hokeyhh. lelaki perempuan pakcik mokcik tokwan tok pun boleh cuba. Hah hamik kau. heeee. okeyh gurau gurau.Tapiiii....

Tapi yang part resepi Pizza Homemade MUDAH tu serius la. aiyooo. Pizza ni memang pizza yang topping dia pun main campak campak je tapi result dia sodap kau. tak percaya? adik hakak pun main campak campak je topping dia kat doh tu.

Actually first time buat masa puasa hari tu. Takda idea nak buka apa, sebab malas dan tak suka pergi bazaar Ramadhan. So teringat  ada bahan nak buat doh. Tu yang ibu minta buat pizza. Try spontaneous je la. Alhamdulillah jadi percubaan pertama. Then percubaan kedua tu, upgrade sikit pakai sos spaggetti dan marjerin, lagi sodap kau.

Sebab ada yang mintak resepi ni sebenarnya. Tu yang hakak dengan baik hatinya nak kongsi ni. Actually saya akan buat resepi yang mudah je. Kalau resepi tu banyak bahan, saya akan cuba kurangkan bahan dia TAPI  harus pastikan rasa dia mesti sama. tanpa kurang sikit pun. Resepi kat bawah ni boleh buat 4 keping pizza kecik macam kat pizza hut tu. Dan 2 keping pizza bersaiz besar. 

Ayuh la kita.


Bahan A ( bahan kering )

Tepung 500g   (saya biasa guna tepung High Protein)
Garam  1 teaspoon

Bahan B ( bahan basah )

Yis mauripan - 1paket
Gula               - 1 teaspoon
Air Suam        - 325 ml

Topping (ikut suka)

Sos Tomato
Sos spaggetti with ayam cincang *kalau nak rasa kepizza-an dia. kalau tak pakai pun ok. sedap je.
Sosej potong serong
Isi ketam beli segera
Cheese Cheddar jenama chesdale (carik kecik kecik) *jenama chesdale kurang karbohidrat


Procedure

1) Campur kedua-dua bahan A, dan gaulkan sampai  garam sebati dengan tepung high protein.

2) Perlu diingatkan untuk bahan B, gula perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam cawan yang berisi air suam. Stir until the sugar dissolve then baru masukkan yis. *if any of you yg nak prove kan yis tu, tunggulah dalam 5 minit . if tak nak pun boleh, lepas dah masukkan yis, gaul solution gula air suam dan yis tu then terus masukkan ke bahan A.

3) Masukkan solution bahan B tu secara sikit sikit dalam bahan A. masuk sikit then uli. ulang lagi.

4) Lepas rasa puas hati menguli dan sebati, letak doh dalam bekas yang tertutup dengan wrapping or tuala. pastikan betul betul kedap untuk yis tu mengembang.
Tunggu doh mengembang dalam 30 minit. Kalau nak lagi kembang, tunggu lah lama sikit. apa ada hal.

5) Then after 30 minutes, tekstur doh dah jadi makin lembut. buka wrapping then uli balik doh untuk bagi udara keluar. 

6) Ambil loyang, sapu marjerin then letak doh dan spread the dough macam pizza. terpulang lah.kalau loyang tu empat segi, pizza korang pun empat segi lah. kita yang buat dia bukan dia buat kita.

7) Lepas dah sudah spread the dough inside the loyang, letak sos tomato or sos spaggetti atau kedua-duanya sekali. Then campak campak topping. Last sekali campak campak cheese.

8) Bakar pada 170 degree celcius selama 20 minit. ( ikut kemampuan oven masing masing juga. ada yang baru ada yang lama. pandai pandai ejas. oven korang takkan tak tahu.

9) Bon Appetite !

Ni hasil percubaan pertama. Tadaaaaa






Selamat mencuba semua! Kalau jadi, feedback balik okeyhh.
Enjoyyy. Adios amigos.




11 comments:

  1. nmpk sedap pizza homade ni.. nk try la nanti, tp bahan2 nye byk boleh tahan tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.dear.bahan bahan yang kena beli just tepung high protein n yeast je. yg lain memang bahan asas rumah.selamat mencuba. :)

      Delete
  2. x pernah buat sendiri
    biasa makan kedai je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri jimat n dapat banyak .makan kat kedai tak puass :)

      Delete
  3. wah pizza , emm nyam nyam . alah sukanyaa pizza waaa T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.thanks dear.nanti try tau.confirm lagi sedap awaa buat..

      Delete
  4. Byk btol topping pizza tu..puas hati mkn..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee.tu la.bila buat sendiri boleh letak banyak2.memang puas makan.sampai kembong kembongg perut.heee:)

      Delete
  5. Kalau ada repesi benda homemade lain nanti share eh :)

    ReplyDelete
  6. sedapya, dah lama nak buat pizza sendiri :3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Labels

2016 (2) 2017 (5) affiliate (2) agent (2) agro (1) alhamdulillah (1) aurat wanita (2) batu 10 (1) berasap (1) Berita (1) biarkan cita tersenyum lagi (1) birthday (1) biskut (1) blogger (32) bloglist (1) brownies (1) campak (1) cari makan (1) coklat (1) contest (7) cornflakes (1) crunchy (1) dapur (1) duit (1) elise (1) environmental (1) erti (1) family (4) farm (1) festival (1) final year (3) food (1) foodporn (3) games (1) giveaway (11) gold (1) graduate (1) graduation (1) hadis (1) hantaran (1) hantu (1) happily (3) hati (4) heat (1) hectic sem (1) hitam (1) holiday (1) homemade (1) homesick (1) hunting (1) income (1) insidious 3 (1) issues (1) jalan-jalan (1) jana (1) jejari (1) karya (1) kuih (2) kuih raya (1) laboo (1) labu (1) life (1) maal hijrah (1) madu (1) makan (1) Malaysia (6) MATHAF (1) melancong (1) memori (1) mengumpat (1) moral values (5) motivation (1) movie (1) mudah (4) murah (1) negeri (1) nestum (1) newspirit (1) nikah (2) nutella (1) ogos (1) pantai (1) pelajar (1) pencarian (1) perihal (2) pinterest (1) pizza (2) port dickson (2) pray (1) produk kecantikan (1) PTPTN (1) puasa (1) puisi (2) ramadhan (1) rangup (1) raya (2) recipes (1) resepi (3) review (3) rezeki (3) rindu (1) roti (1) salam-bersalaman (1) sambutan (4) SEA (1) segment (14) sekepala (1) semasa (5) sembilan (1) SHARES (8) shout out (1) simplehijab (2) skincare (1) spend (1) sports (1) stroke (1) student (1) SUKAN (1) tabarruj (1) tag (2) telemovie (1) tempat (1) terkini (1) thailand (1) time (1) TIPS (3) top-up (1) Tuhan (8) usm (1) vacay (1) wanita (5)